...WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DIWAJIBKAN KE ATAS KAMU BERPUASA SEPERTI MANA DIWAJIBKAN KE ATAS ORANG SEBELUM KAMU MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA...

Tuesday, August 18, 2009

Bicara Al Quran Tentang Kimia

Kalimah KIMIA berasal daripada kalimah Arab كيميات yang bererti penukaran, perhubungan, keseimbangan atau perubahan antara satu benda dengan benda yang lain, seperti penukaran warna kuda antara hitam dan merah. Oleh itu penukaran antara dua warna yang menunjukkan warna kemerah-merahan dan kehitam-hitaman dinamakan al-kimiyat.

Di dalam Bahasa Inggeris, Kimia disebut alchemy. Dengan kata lain, kimia ialah suatu ilmu yang menerangkan penukaran atau perubahan suatu benda dengan benda yang lain.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menceritakan sesuatu kejadian alam itu menerusi proses penukaran dan perubahan daripada satu tahap ke tahap yang lain. Allah menjelaskan kejadian alam yang terdiri daripada manusia (65 kali), haiwan (33 kali), tumbuhan (26 kali), tanah (22 kali), air (63 kali), api (147 kali), angin (31 kali), warna (9 kali), makanan (48 kali), langit (315 kali), bumi (505 kali), matahari (33 kali), bulan (27 kali) dan bintang (13 kali). Kejadian alam ini mempunyai unsur kimia mengikut Law Of Nature bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia.

PENCIPTAAN MANUSIA

Manusia sendiri melalui beberapa proses penukaran dari satu unsur ke unsur yang lain. Daripada unsur tanah bertukar menjadi manusia yang sempurna. Kebenaran asal manusia daripada tanah dibuktikan menerusi kajian saintifik. Allah berfirman di dalam surah Sad 38:71:

øŒÎ) tA$s% y7/u Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ÎoTÎ) 7,Î=»yz #Z޳o0 `ÏiB &ûüÏÛ ÇÐÊÈ

“(Ingatlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam) dari tanah.”

Al Quran juga mendedahkan proses kimia penukaran unsur air (mani) kepada beberapa tahap seperti darah, daging, tulang dan sebagainya hingga membentuk satu makhluk yang dinamakan manusia.

uqèdur Ï%©!$# t,n=y{ z`ÏB Ïä!$yJø9$# #Z޳o0 ¼ã&s#yèyfsù $Y7¡nS #\ôgϹur 3 tb%x.ur y7/u #\ƒÏs% ÇÎÍÈ

“Dan Dia lah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya).”

AIR

Air adalah unsur kimia yang diperlukan oleh banyak makhluk termasuk haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan. Firman Allah:

öNs9urr& (#÷rttƒ $¯Rr& ä-qÝ¡nS uä!$yJø9$# n<Î) ÇÚöF{$# Îãàfø9$# ßl̍÷ãYsù ¾ÏmÎ/ %Yæöy ã@à2ù's? çm÷ZÏB öNßgßJ»yè÷Rr& öNåkߦàÿRr&ur ( Ÿxsùr& tbrçŽÅÇö7ムÇËÐÈ

“Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi Yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu tanaman-tanaman, Yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?”

Tubuh manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerlukan keseimbangan unsur kimia yang sesuai dengan fitrah kejadian masing-masing. Tubuh manusia umpamanya menjadikan air sebagai komponan utama mengjangkau 33% daripada keseluruhan isi tubuh.

Air juga diperlukan untuk menyuburkan tanah (Al Baqarah 2:164) dan menumbuhkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan (Al An’am 6:35). Oleh itu sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menurunkan pelbagai kebaikan dari langit dan bumi. Firman Allah dalm Surah Al A’raf 7:96:

öqs9ur ¨br& Ÿ@÷dr& #tà)ø9$# (#qãZtB#uä (#öqs)¨?$#ur $uZóstGxÿs9 NÍköŽn=tã ;M»x.tt/ z`ÏiB Ïä!$yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur `Å3»s9ur (#qç/¤x. Mßg»tRõs{r'sù $yJÎ/ (#qçR$Ÿ2 tbqç7Å¡õ3tƒ ÇÒÏÈ

“Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.”

Air juga memberikan ketenangan kepada manusia. Sebab itu Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman syurga yang mengalir sungai di bawahnya.

TANAH

Tanah adalah sejenis bahan yang suci. Mereka yang terkena najis mughallazah boleh meneutralkannya (mensucikannya) dengan tanah.

Tanah telah mengalami beberapa evolusi hasil tindak balas kimia. Allah menjelaskan di dalam Al Quran bahawa tanah bumi ini asalnya bersifat mati. Namun akhirnya ia ‘dihidupkan’ setelah melalui jutaan tahun proses penukaran hasil tindak balas kimia. Surah Yasin 36:33 menjelaskan:

×ptƒ#uäur ãNçl°; ÞÚöF{$# èptGøyJø9$# $yg»uZ÷uômr& $oYô_{÷zr&ur $pk÷]ÏB ${7ym çm÷YÏJsù tbqè=à2ù'tƒ ÇÌÌÈ

“Dan dalil Yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi Yang mati; Kami hidupkan Dia serta Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.”

WARNA

Pelbagai warna dicipta oleh Allah memberi manfaat kepada sekalian makhluk. Haiwan sendiri mempunyai berbagai-bagai warna. Firman Allah dalam Surah fatir 35:28:

šÆÏBur Ĩ$¨Z9$# Å_U!#ur¤$!$#ur ÉO»yè÷RF{$#ur ì#Î=tFøƒèC ¼çmçRºuqø9r& šÏ9ºxx. 3 $yJ¯RÎ) Óy´øƒs ©!$# ô`ÏB ÍnÏŠ$t6Ïã (#às¯»yJn=ãèø9$# 3 žcÎ) ©!$# îƒÍtã îqàÿxî ÇËÑÈ

“Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”

Penciptaan warna haiwan itu pula disesuaikan dengan habitatnya. Bagi manusia juga warna sangat mempengaruhi kehidupan. Ada warna yang memberikan kegembiraan, kesedihan, ketabahan dan sebagainya.

Haiwan yang pelbagai warna itu pula ada yang dihalalkan dan ada yang diharamkan memakannya. Allah tidak mengharamkan sesuatu melainkan pasti ada mudharat padanya. Daging haiwan yang memudharatkan kesihatan manusia umpamanya, pasti diharamkan oleh Allah. Contohnya daging babi, kajian saintifik menunjukkan ia mengandungi kuman yang sangat berbahaya dan asid uric yang tinggi.

API

Api pula sejenis makhluk Allah yang sangat taat kepada perintah Tuhannya. Unsur kimianya menjadikannya sebagai bersifat panas dan membakar. Namun apabila datang perintah Allah kepadanya supaya menjadi sejuk, ia lantas menyejukkan dirinya dan menyelamatkan Nabi Ibrahim AS. Ayat 69 Surah Al Anbiya’ menjelaskan:

$uZù=è% â$uZ»tƒ ÎTqä. #YŠöt/ $¸J»n=yur #n?tã zOŠÏdºtö/Î) ÇÏÒÈ

“Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim!"

Api adalah unsur kimia yang menjadi bahan pembakar daripada kayu hijau yang kering, arang batu, gas dan petroleum. Api memberi manfaat keada manusia untu memasak makanan, menggerakkan tenaga letrik, enjin kenderaan. Di samping itu ia juga membawa mudharat kepada manusia jika gagal mengawal kebakaran. Ia juga dijadikan senjata untuk membunuh manusia yang lain sejak zaman berzaman.

Dalam zaman moden, api dimodify dengan lebih canggih untuk mempercepatkan proses pembunuhan dan meluaskan kemusnahan dengan penciptaan senjata api, bom, peledak dan sebagainya.

Berjuta-juta manusia mati ‘dibakar’ oleh senjata yang berasaskan api ini di Hiroshima, Nagasaki, Vietnam, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.

Dengan api juga Allah mengingatkan manusia supaya tunduk dan patuh kepada perintahnya. Mereka yang engkar akan diazab di dalam neraka. Kalimah neraka di dalam bahasa Arab disebut ’nar’ (النار) yang bererti api. Dinamakan tempat azab itu sebagai api adalah kerana ia dipenuhi dengan api yang sangat panas, melebihi kepanasan api dunia. Firman Allah di dalam surah At Tahrim 66:6:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#þqè% ö/ä3¡àÿRr& ö/ä3Î=÷dr&ur #Y$tR $ydߊqè%ur â¨$¨Z9$# äou$yfÏtø:$#ur $pköŽn=tæ îps3Í´¯»n=tB ÔâŸxÏî ׊#yÏ© žw tbqÝÁ÷ètƒ ©!$# !$tB öNèdttBr& tbqè=yèøÿtƒur $tB tbrâsD÷sムÇÏÈ

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

CAHAYA

Al Quran membahagikan sifat cahaya kepada سراجاً dan منيرًا. Kalimah سراجاً lebih bersifat kasar, garang, panas dan memancar. Ia dinisbahkan kepada cahaya matahari. Manakala cahaya bulan pula bersifat lembut, suram, tidak menyakitkan (منيرًا).

Ia bukan sekadar perbezaan kalimah, tetapi ia lebih kepada peranan yang terhasil daripada tindak balas kimia. Ia juga boleh memberikan manfaat yang sangat berguna kepada manusia dengan bekalan ilmu.

Cahaya matahari yang bersifat garang itu sebenarnya mampu dimanfaatkan oleh manusia untuk proses pengeringan dalam pelbagai industri. Teknologi moden pula berjaya menukarkan kegarangan cahaya matahari kepada tenaga letrik (solar).

Kepentingan cahaya kepada manusia disebut banyak kali di dalam Al Quran. Bahkan terdapat satu surah yang dinamakan surah An Nur (surah cahaya). Allah sendiri menyifatkan dirinya sebagai pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Firman Allah di dalam surah An Nur 24:35:

* ª!$# âqçR ÅVºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur ÇÌÎÈ

Ertinya: “Allah cahaya (yang menerangi) langit dan bumi....”

Al Quran turut mengumpamakan kebenaran (haq) sebagai An Nur (cahaya) dan kebatilan sebagai Az Zulumat (kegelapan). Firman Allah:

ª!$# Í<ur šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Oßgã_̍÷ムz`ÏiB ÏM»yJè=à9$# n<Î) ÍqY9$# ( šúïÏ%©!$#ur (#ÿrãxÿx. ãNèdät!$uŠÏ9÷rr& ßNqäó»©Ü9$# NßgtRqã_̍÷ムšÆÏiB ÍqY9$# n<Î) ÏM»yJè=à9$# 3 šÍ´¯»s9'ré& Ü=»ysô¹r& Í$¨Y9$# ( öNèd $pkŽÏù šcrà$Î#»yz ÇËÎÐÈ

Ertinya: ”Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

0 comments:

Post a Comment

 
PENDIDIKAN SAINS AL QURAN. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.