Oleh: Aris Hazlan Ismail
1. QURAN
1.1. Al Quran ialah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Jibril, untuk dijadikan panduan hidup manusia. Ia mengandungi peringatan, pengajaran dan fakta yang tepat dan betul mengenai aqidah, syariah, sejarah, akhlak dan segenap cabang ilmu utama.
1.2. Semua fakta yang terdapat dalam Al Quran tidak mampu dipatahkan oleh sebarang hujah dan ujikaji. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah :
2. SAINS
2.1. Sains berasal dari perkataan Latin, scientia yang bermaksud ‘ilmu’. Ia kemudian diInggeriskan menjadi science. Di dalam Bahasa Arab, ia disebut ‘ilm (عِلْمٌ) yang memberi makna ‘ilmu’. Juga dikenali sebagai ‘ma’rifah’ (معرفة) yang bermaksud ‘pengetahuan’.
2.2. Dari segi bahasa, sains bermaksud, “Mendapat sesuatu ilmu,” (al Raghib, 1972).
2.3. Dari segi istilah (terminologi) ia memberi maksud, “Mendapat sesuatu ilmu yang merangkumi ilmu tentang Tuhan, manusia dan alam.”
2.4. Di dalam kajian ilmiah, sains ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya (Dr Yahaya Jusoh 2007).
2.5. Sains mementingkan fakta yang benar kerana ia satu cabang ilmu yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (Kamus Dewan, 2005)
3. SAINS DALAM AL QURAN
3.1. Perkataan ‘ilm (عِلْمٌ), digunakan oleh Allah di dalam Al Quran dengan pelbagai bentuk kata terbitannya sebanyak 750 kali (al Baqi’). Antaranya:
3.1.1. Allah menjelaskan bahawa Al Quran adalah kitab yang memperjelaskan setiap sesuatu ilmunya kepada manusia. Firman Allah (Yusuf, 12:111):
Yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya, pada kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab ugama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan Yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman.”
3.1.2. Segala nama yang terdapat di atas muka bumi ini sudah diajar kepada manusia pertama (Adam A.S.). Firman Allah (Al Baqarah, 2:31):
Yang bermaksud:
“Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar."
3.1.3. Ilmu yang diperturunkan oleh Allah adalah ilmu yang benar 100% dan tidak ada sebarang keraguan. Firman Allah (As Syura, 42:17):
Yang bermaksud:
“Allahlah yang menurunkan kitab suci dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan) neraca (keadilan). Dan tahukah kamu, boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).”
4. ASPEK PENDIDIKAN SAINS DALAM AL QURAN
Berbanding dengan sains yang diagongkan oleh Barat, Al Quran memaparkan fakta-fakta sains merangkumi ketiga-tiga aspek utama yang setiap satu saling mempunyai kaitan dengan yang lain iaitu, Sains Ketuhanan (Divine Science), Sains Sosial (Social Science) dan Sains Natural/Tabi’i (Natural Science).
4.1. Sains Ketuhanan (Divine Science)
4.1.1. Membicarakan tentang Allah sebagai Tuhan yang mencipta dan mentadbir serta yang berhak disembah. Al Quran menyebut kalimah Allah (الله) sebanyak 2,697 kali.
4.1.2. Memaparkan bukti-bukti kewujudan dan kekuasaan Allah. Kebenaran ini dapat dibuktikan dengan kajian secara ilmiah dan moden. Hingga kini tiada manusia yang mampu menyahut cabaran Allah supaya menafikan kenyataan Al Quran.
4.2. Sains Sosial (Social Science)
4.2.1. Membincangkan peranan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi, hubungan manusia sesama manusia (حَبْلٌ مِنَ النَّاسِ).
4.2.2. Menyentuh pelbagai bidang kemasyarakatan termasuk sosiologi, psikologi, pendidikan, pentadbiran, politik, ekonomi, sejarah, komunikasi, undang-undang dan sebagainya.
4.3. Sains Natural/Tabi’i (Natural Science)
4.3.1. Membincangkan tentang kosmologi (alam) ciptaan Allah yang dapat memberikan kesejahteraan dan manfaat kepada manusia.
4.3.2. Al Quran membincangkan pelbagai bidang Sains Natural mencakupi bidang biologi, fizik, kimia, astronomi, matematik, kejuruteraan, perubatan, geologi dan sebagainya.
5. HUBUNG KAIT ASPEK PENDIDIKAN SAINS DALAM AL QURAN
5.1. Al Quran menghubung kaitkan antara setiap aspek sains dan tidak memisahkan antara satu sama lain kerana ia mempunyai kepentingan bersama kepada manusia sebagai hamba Allah.
5.2. Fakta tentang alam (sains natural) tidak akan bermakna jika tiada pemeliharaan dan pemuliharaan oleh manusia (sains sosial) dan tidak akan dapat dirasai kenikmatannya jika tidak mengetahui penciptanya.
5.3. Contoh paling nyata tentang hubungkait antara ketiga-tiga aspek sains ini ialah firman Allah (Al Baqarah 233):
Yang bermaksud:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;(Sains Natural)
dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. (Sains Sosial)
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Sains Ketuhanan)
6. KESIMPULAN
6.1. Kesimpulannya, Allah memaparkan fakta sains di dalam Al Quran bukan sekadar untuk mengajar manusia ilmu sains. Tetapi ia bertujuan untuk memberi pengajaran kepada manusia supaya berfikir tentang kebesaran Allah. Andaikata Allah boleh mencipta alam ini, maka tidak mustahil Allah juga boleh memusnahkannya.
6.2. Jika Allah mampu mencipta manusia daripada tiada, maka Allah juga maha mampu untuk menghidupkan kembali manusia setelah matinya.

(Untuk lebih kefahaman, sila rujuk buku Pendidikan Falsafah Sains Al Quran, karangan Prof Madya Dr Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad, UTM)
0 comments:
Post a Comment